idme.moe.gov.my

idme kpm pendaftaran tahun 1 2026 2027 registration moe.gov.my 2025.

!(www.idmeguru.my)!

idme password forgot

Sajak kemerdekaan pendek malaysia (ringkas, contoh 4) 2025

Kerana sajak kemerdekaan atau puisi mengenai kemerdekaan membantu dan membolehkan kita berkongsi rasa patriotik, kasih sayang serta semangat kecintaan kepada negara, terutamanya pada bulan kemerdekaan untuk Malaysia yang kita cintai.

Contohnya, sajak ialah bentuk puisi moden yang bebas dan memberi kebebasan kepada penulis tanpa perlu mengikut aturan ketat seperti bilangan rangkap, rima atau jumlah perkataan tertentu.

Setiap sajak juga mencerminkan diri penulisnya termasuk imaginasi, pemikiran dan suara hati yang dapat dirasai melalui setiap baris.

sajak kemerdekaan

Berikut ialah beberapa sajak kemerdekaan menarik untuk dibaca bagi tahun 2023, 2024 dan 2025. Selain itu, anda dapat menerokai pelbagai gaya, emosi dan mesej daripada penyair yang berbeza

contoh sajak kemerdekaan (bangsa merdeka)

Mengapa penting bagi generasi muda membaca dan memahami sajak kemerdekaan? Ringkasnya, himpunan ini merupakan khazanah berharga yang menampilkan kebanggaan, harapan dan imaginasi para penyair Malaysia.

contoh sajak kemerdekaan (bangsa merdeka)

  • Di sini kami berdiri, penuh bangga
  • Di tanah air tercinta, pelbagai budaya
  • Bersatu padu, semangat merdeka
  • Di bawah satu panji, Jalur Gemilang
  • Kami berikrar, setia dan gemilang
  • Tiada lagi perpecahan, tiada lagi duka
  • Bersama-sama menuju masa depan bahagia
  • Rakyat bersatu, hati teguh
  • Malaysia maju, ke hadapan melangkah
  • Jiwa merdeka, semarak membara
  • Negara tercinta, sentiasa terpelihara
  • Malaysia Madani, lambang kemajuan
  • Bersama-sama, kita teguhkan perpaduan
  • Di sini bermula, cita dan cinta
  • Untuk Malaysia, kita berbakti sepenuh jiwa.

sajak kemerdekaan pendek

MENYAMBUT MERDEKA

OLEH : Shazlin

  • Sambutannya berulang lagi
  • tahun baharu kemenjdi
  • kerananya Malaysia ada di sini
  • namamu terselit batu pertiwi.
  • Jalur gemilang berkibar megah
  • tanda sini mencipta indah
  • namun segalanya tidak mudah
  • satukan hati bahu-membahu sudah.
  • Hanya Malaysia negara tercinta
  • pelbagai bangsa satu bersama
  • jangan sekali lupa jasa mereka
  • sehingga tumpah darah kita.
sajak kemerdekaan pendek

sajak kemerdekaan malaysia

IKAN YANG MENCARI LAUT MERDEKA

OLEH : DATO’ USMAN AWANG

  • Ikan berenang dalam laut merdeka
  • mencari hempas bulu kebebasan
  • parut dengan sejarah kemesraan
  • tercangggah ke pantai kematian
  • dari fitrah ciptaan Tuhan.
  • Ikan bukan setia hidangan
  • terang bukan setia kilauan
  • gelita bukan istana kejahilan
  • lalu bukan ke dasar peluluhan
  • berombak ke tepian perjuangan
  • lautan biru saksi kebangkitan.
  • Ikan adalah tenaga nelayan
  • yang ditinggalkan rupa pelayaran
  • menjunjung rezeki sebuah kemerdekaan
  • pada tiap langkah perjuangan
  • tersemat kasih nusa dan iman
  • dari zaman rebah ke zaman kebangkitan.
sajak kemerdekaan malaysia

sajak kemerdekaan usman awang

TANAH AIR

OLEH : DATO’ USMAN AWANG

  • Engkau Tanah Air
  • pemilik perut yang berbudi
  • penampung hujan penyedut sinar mentari
  • lahirlah anakmu dari semaian petani
  • Engkau Ibu Murni
  • dengan jasa abadi
  • berdetik didenyut nafas kami
  • kerna kita satu sama dipunyai
  • Telah kau rasa
  • segala seperti kami
  • dalam ngeri perang dadamu dibongkar besi
  • di mana-mana wajahmu tak pernah mati
  • Tapi begitu
  • sejarah hidup zaman berzaman
  • pernah merangkul pahlawan kemerdekaan
  • mereka sujud dalam kaku
  • mohon perlindungan
  • Bukankah dengan
  • kasih dan harapan
  • kau tenggelamkan mereka dalam dakapan
  • di mana bunga ganti nisan bertaburan
  • Negara baru
  • di atas rongga jantungmu
  • akan tertegak bertapak dalam kebebasan
  • cinta antara kita wahyu dari Tuhan.
sajak kemerdekaan usman awang

sajak kemerdekaan a samad said

ERTI SEBUAH KEMERDEKAAN

OLEH : A Samad Said

  • Kita sudah sampai di lereng amat indah, di bawah
  • pelangi, dalam ufuk yang masih mencabar;
  • dan kita ikhlas ber janji untuk bermaruah,
  • tenang dalam segala uji cabar dan debar.
  • Kita mencari hanya yang tulen dan jati,
  • sekata hidup, mengerti dan berbudi.
  • Kita wajar mendaki lagi kerana puncak
  • yang jauh. Dalam gelora dan taufan
  • tak tercalar tekad kita kerana kemerdekaan
  • mengasuh kita bersuara dalam sopan,
  • yakin menyanggah musuh, tulus menambah kawan,
  • inti tonggak dan menara kebahagiaan.
  • Kita datang bersama anak-anak yang sedia
  • menyanyi – sihat, teguh, bertekad dan berani.
  • Mengelilingi tasik, mendaki gunung, kita
  • menjadi rakyat merdeka, berjiwa besar dan berbakti.
  • Tanah air akan indah, megah dan bermaruah
  • jika kita sentiasa mensyukuri anugerah Allah;
  • dan bumi akan subur, makmur dan mewah
  • jika kita beker jas berikrar hidup bersama.
  • Tanah air memberi banyak, mesra mendakap kita;
  • kemerdekaan mendorong kita berdiri dan berbakti.
  • Dan kita sudah sampai di lereng indah, pasti
  • tetap mendaki juga, menyanggah musuh, menambah
  • kawan tanpa jenuh, khuatir, juga tanpa rawan.
  • Dan dalam alaf baru, semangat kita wajar padu,
  • berjalan kita atas nama <tanah air dan bangsa –
  • bangga kerana merdeka, megah kerana bahagia.
  • Anak-anak kita bakal datang tangkas dan berilmu;
  • dan kita, dalam sejarah, bakal syahid dan bangga,
  • kerana awan yang indah, lapis pelangi lebih mesra,
  • wajah diri dan inti peribadi kita tun jang bagi
  • kemandirian dan kebebasan bangsa yang sentiasa
  • sedia belajar mengerti dan tekun hidup bersama.
sajak kemerdekaan a samad said

sajak kemerdekaan sekolah rendah (tahun 4)

JALUR GEMILANG

OLEH : Nur Hidayah Ismail

  • Zarah bulan penghidup
  • merdeka dikibar beralun
  • tiada henti tergugat di julang
  • anak watan mengangkat di tiap bucu bintang
  • utuh negara merdeka
  • pada bulan dan bintang berkelip tersemat
  • empat belas melintang mengeratkan kenangan
  • terus mewarnai merah terang nan garang
  • putih suci dan biru megah
  • biru pada kasih dan teguh
  • kuning pancaran daulat terbilang
  • jiwa bahadur merdeka
  • melengkap di Jalur Gemilang
sajak kemerdekaan sekolah rendah (tahun 4)

merdeka sajak kemerdekaan pendek

Sekuntum Bunga Sepatu

Oleh : LATIFF MOHIDIN

  • di hari pahlawan
  • penuh restu
  • duduk seorang kanak-kanak
  • melihat terpaku
  • sekuntum bunga sepatu
  •   dingin dan kaku
  •   dingin dan kaku
merdeka sajak kemerdekaan pendek

kanak kanak sajak kemerdekaan

  • Aku jalan,
  • Aku duduk,
  • Aku tidur,
  • Aku main,
  • Aku suka.
  • Kenapa?
  • Kerana hati ini selesa,
  • Kena selalu doa
  • Pada Allah yang Maha Esa
  • Supaya luar dalam merdeka
  • Takut pada Dia sahaja.

sajak kemerdekaan yang menyentuh hati (2025)

  • Sebelum kita berangan
  • dan bebas seperti burung bernyanyi di tahun 1945
  • Apa yang kau harapkan jika tak ada yang menarik berdarah?
  • Tidak akan pernah ada kata kemerdekaan
  • jika janji hanyalah sepotong badan
  • Hanya merelakan emas dengan kebodohan
  • Merah putih sudah merdeka
  • Arti merah putih seperti tanah ini?
  • Merangkai panjang sejarah tanah ini
  • Bangsa yang sudah lupa dibuai luka disiram lagi
  • di tanahku bahasa, mengeringat roti lebih banyak darah
  • mengucur kembali